Me the Author

Me the Author
My Collection

Jumaat, 31 Julai 2009

Perangkap Tikus

Perangkap Tikus

ratatouille_31.jpg

PERANGKAP TIKUS

Sepasang suami dan isteri petani pulang kerumah setelah berbelanja.
Ketika
mereka membuka barang belanjaan, seekor tikus memperhatikan gelagat
sambil
menggumam “hmmm…makanan apa lagi yang dibawa mereka dari pasar??”

Ternyata yang dibeli oleh petani hari adalah rerangkap tikus.
Sang tikus naik panic bukan kepalang.

Ia bergegas lari ke sarang dan bertempik, ” Ada perangkap tikus di
rumah….di rumah sekarang ada perangkap tikus….”

Ia pun mengadu kepada ayam dan berteriak, ” Ada perangkat tikus !”
Sang Ayam berkata, ” Tuan Tikus ! Aku turut bersedih tapi ia tak ada
kena-mengena dengan aku.”

Sang Tikus lalu pergi menemui seekor Kambing sambil berteriak seperti
tadi.
Sang Kambing pun jawab selamba, “Aku pun turut bersimpati…tapi tidak
ada
yang boleh aku buat. Lagi pun tak tak ada kena-mengena dengan aku. “

Tikus lalu menemui Sapi. Ia mendapat jawaban sama. ” Maafkan aku. Tapi
perangkap tikus tidak berbahaya buat aku sama sekali. Tak kanlah
sebesar aku
ni boleh masuk perangkap tikus. “

Dengan rasa kecewa ia pun berlari ke hutan menemui Ular. Sang ular
berkata “
Eleh engkau ni…Perangkap Tikus yang sekecil tak kan la nak
membahayakan
aku.”

Akhirnya Sang Tikus kembali kerumah dengan pasrah kerana mengetahui ia
akan
menghadapi bahaya seorang diri.
Suatu malam, pemilik rumah terbangun mendengar suara berdetak perangkap
tikusnya berbunyi menandakan umpan dah mengena. Ketika melihat
perangkap
tikusnya, ternyata seekor ular berbisa yang jadi mangsa. Buntut ular
yang
terperangkap membuat ular semakin ganas dan menyerang isteri pemilik
rumah.

Walaupun si Suami sempat membunuh ular berbisa tersebut, isterinya
tidak
sempat diselamatkan.
Si suami pun membawa isterinya kerumah sakit. Beberapa hari kemudian
isterinya sudah boleh pulang namun tetap sahaja demam.

Isterinya lalu minta dibuatkan sup cakar ayam oleh suaminya kerana
percaya
sup cakar ayam boleh mengurangkan demam. Tanpa berfikir panjang si
Suami pun
dengan segera menyembelih ayamnya untuk dapat cakar buat sup.

Beberapa hari kemudian sakitnya tidak kunjung reda. Seorang teman
menyarankan untuk makan hati kambing. Ia lalu menyembelih kambingnya
untuk
mengambil hatinya.Masih juga isterinya tidak sembuh-sembuh dan akhirnya
meninggal dunia. Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un.

Banyak sungguh orang datang melawat jenazahnya. Kerana rasa sayang
suami
pada isterinya, tak sampai hati pula dia melihat orang ramai tak dijamu
apa-apa. Tanpa berfikir panjang dia pun menyembelih sapinya untuk
memberi
makan orang-orang yang berziarah.

Dari kejauhan…Sang Tikus menatap dengan penuh kesedihan. Beberapa
hari
kemudian ia melihat Perangkap Tikus tersebut sudah tidak digunakan
lagi.

SUATU HARI….KETIKA ANDA MENDENGAR SESEORANG DALAM KESUSAHAN DAN
MENGIRA
ITU BUKAN URUSAN ANDA…PIKIRKANLAH SEKALI LAGI.