
Aku Ayu Faraasyikin
Akulah satu satunya insan yang menjadi harapan kedua orang tua ku untuk berjaya di masa hadapan tapi masa depan ku kini semakin kelam apabila aku mendapat tahu bahawa aku menghidapi penyakit hati yang boleh membawa maut jika tidak di ubati.
Khabar ini tidak ku beritahukan kepada ibu dan bapaku. Aku tidak ingin mereka terus menerus menderita disebabkan penyakit yang kutanggung ini. Cukuplah sekadar mereka berhempas pulas untuk mencari sesuap nasi dan kos perbelanjaan ku selama aku menuntut di Politeknik Mukah Sarawak ini.
Setiap hari keadaan ku makin menjadi jadi,aku hanya sekadar mengambil ubat untuk menahan sakit bagi penyakitku. Tambahan pula ada seorang pelajar lelaki sama kelasku perasan akan keadaan ku. Dia cuba untuk merapatiku tapi aku juga turut cuba menjauh darinya.
Sehinggakan pada suatu hari aku tidak sedar keberadaannya disisiku, senyum mesra dan membawa sesuatu yang aku sediri tidak tahu apa isi di dalam bungkausan itu. Dengan sopan dan ramahnya, dia menegurku sambil menyerahkan bungkusan itu. Aku menjadi serba salah. Akhirnya selepas dipujuk,aku terpaka akur dengannya.
"Syamil'. Itulah ringkasan nama yang ku gelarkan kepada dirinya. Selepas pertemuan itu, hubungan kami menjadi semakin akrab dan mula kedengaran suara suara sinis menyindir antara kami berdua. Ringkasan tentang Syamil, dia seorang yang baik, peramah dengan sesiapa saja, amat menyayangi dan merupakan anak kepada seorang binesman yang berjaya tapi aku hanya anak seorang penoreh getah yang terlalu rendah taraf jika dibandingkan dengannya. Bagiku, Syamil hanya seorang teman yang disenangi oleh semua orang.
Pada suatu hari, penyakitku semakin teruk hingga membuatkan aku jatuh pengsan di dalam kelas. Semua pelajar panik termasuk dengan pensyarah. Apabila aku sedar, aku telah ditempatkan di ruangan wad kecemasan. Kemudian aku tidak sedar dengan apa yang berlaku selepas itu. Selepas aku buka mata, orang pertama yang ku lihat adalah orang tua ku. Mereka brsyukur kerana aku masih selamat kemudian raut wajah yang paling ku kenali iaitu Syamil dan rakan rakan yang lain.
Selepas semua orang beredar untuk pergi, hanya Syamil yang sudi untuk menemaniku sepanjang malam. Aku tersa terhutang budi dan wang ringgit terhadap Syamil kerana dialah yang membiayai segala kos perawatanku selama aku di rmah sakit.
Selepas aku sembuh, aku menemui Syamil untuk memohon agar dia memberiku masa bagi melangsaikan hutang bagi kos perawatanku tempoh hari. Syamil menyentuh bibirku pintaku jangan mengeluarkan apa apa perkataan dari mulutku. baginya wang ringgit tidak membawa erti dan yang paling tidak ku duga satu perkataan yang keluar dari mulutnya ialah "Ku Perlukan Dirimu". Syamil bersungguh sungguh mengucapkannya dan akhirnya kami menjadi pasangan yang paling bahagia selepas tamat pengajian dan mendirikan mahligai cinta.