Me the Author

Me the Author
My Collection

Khamis, 14 Januari 2010

Kata Kata Hikmah untuk Motivasi Diri

  • Berusahalah, jangan berpuas hati sehingga yang baik menjadi lebih baik dan yang lebih baik menjadi paling baik.
  • Manusia cemerlang fokus kepada kerja penting walaupun tidak seronok. Sementara manusia lemah fokus kepada kerja seronok walaupun tidak penting.
  • Kejayaan bergantung kepada apa yang anda lakukan dengan diri anda.
  • Kegagalan bukan muktamad. Kita gagal kerana terlalu cepat mengaku kalah dan mudah putus asa.
  • Tidak ada kemajuan tanpa perubahan. Mereka yang tidak boleh mengubah pemikiran tidak boleh mengubah apa-apa.
  • Musuh utama kecemerlangan bukanlah kekurangan fizikal, sosial atau ekonomi tetapi mental.
  • Saya tidak kalah apabila saya berada di bawah. Saya hanya kalah sekiranya saya tidak bangun semula dari bawah.
  • Buatlah apa yang anda mampu buat, dengan apa yang anda ada dan di mana sahaja anda berada kerana tiada alasan di dalam kamus pemburu kejayaan.
  • Secara semulajadi semua manusia itu sama, tetapi ilmu menjadikan mereka cukup berbeza.
  • Rancanglah masa depan anda kerana di situlah anda akan menghabiskan hidup anda.
  • RAJIN itu adalah punca segala kejayaan dan MALAS pula punca segala kegagalan.
  • Rahsia kejayaan cuma ada dua perkataan, TRY (cuba lagi) HARDER (lebih kuat).
  • Memulakan sesuatu itu adalah hebat tetapi menyelesikannya adalah lebih hebat!
  • Kebanyakan orang gagal bukan kerana bodoh tetapi mereka gagal kerana melakukan kerja bodoh.
  • Manusia yang berakal ialah manusia yang suka menerima dan meminta nasihat.
  • Kemahuan adalah umpama orang buta yang perkasa mendukung orang lumpuh yang dapat melihat.
  • Kesusahan yang dialami kerana berusaha untuk berjaya hanya sekejap sahaja kemudian akan senang seumur hidup.
  • Tidak ada manusia yang dengan sendirinya menjadi cerdik.