Me the Author

Me the Author
My Collection

Ahad, 24 Mei 2009

Tenangkan Diri Anda Sebelum Membuat Keputusan

Pernah tak anda membuat keputusan ketika anda sedang marah? Adakah keputusan yang dibuat itu merupakan keputusan yang betul dan memberikan kepuasan pada diri anda?

Pernah pada suatu hari itu, seorang lelaki sedang menghadapi masalah dengan kekasih beliau. Disebabkan tidak tahan dengan perangai dan sikap kekasihnya menyebabkan dia ingin membuat satu keputusan yang bagi saya tidak patut dia lakukan.

Pada ketika itu, beliau berada dalam keadaan tertekan dan marah dan memberitahu pada saya yang dia ingin memutuskan perhubungan dengan kekasihnya.

Lantas segera saya menasihatinya supaya bertenang dan jangan buat keputusan secara terburu-buru. Pada mulanya, beliau tidak mahu mendengar nasihat saya. Mungkin beliau masih dalam keadaan marah ataupun beremosi.

Tetapi setelah diperjelaskan dengan lebih lanjut mengenai akibat dari keputusan yang dia bakal buat menyebabkan dia menarik semula keputusan itu.

Dalam situasi ini, kita masih bernasib baik kerana saya sempat menghalang beliau dari melafazkan kata untuk putuskan perhubungan dengan kekasihnya. Dan setelah beliau berehat sebentar dan berfikir sejenak, barulah dia sedar yang jauh di sudut hati, masih ada lagi sifat sayang dan cinta pada kekasihnya. Dan baru-baru ini saya dapat tahu yang beliau sedang gembira dan ceria disamping kekasihnya yang tersayang.

Apa yang saya cuba sampaikan dalam entri kali ini adalah, jangan biarkan diri kita membuat keputusan ketika kita sedang marah, beremosi ataupun fikiran terganggu. Berikan diri kita masa untuk bertenang terlebih dahulu. Biarkan diri dan minda kita berehat sebelum kita membuat sebarang keputusan.

Keputusan yang dibuat secara terburu-buru yang dicampur dengan kemarahan dan emosi, akan menghasilkan keputusan yang mengecewakan, sedih dan mendukacitakan. Jadi, sebelum kita membuat keputusan, pastikan diri kita tenang supaya keputusan yang kita buat tidak akan mengecewakan kita di masa hadapan

Kau Bukan Miliki Ku

Kau bukan milikku, dah ku tahu segalanya…

Namun hati ini dah terukir namamu…

Mana mungkin aku mampu hapuskan

Ukiran namamu dihatiku…

Pedihnya sekadar menjadi penyinta bisu,

Lebih pedih bila tahu kau milik seseorang…

Aku tak mampu lakukan apa-apa…

Hatimu tak mungkin dapat kutakluki…

Aku sedar hati aku milikmu….

Tapi hatimu miliknya

Kau bukan milikku, dah ku tahu segalanya…

Namun hati ini dah terukir namamu…

Mana mungkin aku mampu hapuskan

Ukiran namamu dihatiku…

Pedihnya sekadar menjadi penyinta bisu,

Lebih pedih bila tahu kau milik seseorang…

Aku tak mampu lakukan apa-apa…

Hatimu tak mungkin dapat kutakluki…

Aku sedar hati aku milikmu….

Tapi hatimu miliknya…

Jangan hantui hidupku lagi dengan

Bayanganmu…kerna hatiku luluh…

Jangan muncul dalam kotak ingatanku…

Walaupun hidupku bakal bergelap tanpa dirimu…

Tapi biarlah…

Daripada aku terus berendam air mata…

Sesuatu yang bukan milikku…

Takkan pernah jadi milikku…

Selamanya…

Maafkan aku kerana terlalu menyayangi insan

Sepertimu…

Maafkan aku kerana terlalu mengimpikan

Dirimu jadi milikku…

Moga kau bahagia bersamanya…

Selamanya…

Cinta tak Semestinya Memiliki

Bila kita jatuh cinta pada seseorang, jangan menyiksa diri dengan menganggap bahawa cinta kita tak diterima.

Cinta itu tak pernah ditolak kerana, setiap insan memerlukan, menginginkan untuk dicintai.

Wujudkan cinta itu dengan memberikan sesuatu bukan mengharap harap akan sesuatu sebab, apa yang diberikan kerana cinta selalu datang pada hati kita disaat itu juga.

Kebahagiaan memberi jauh lebih sempurna dari pada kebahagiaan kerana menerima.

Tapi…lain bila kita menginginkan sesuatu yang kita cintai. Keinginan itulah yang memberikan pahit pahit yang menghiris dada…

Jangan menyiksa diri dengan menginginkan sesuatu….

Jangan sia kan cinta dengan beban yang berat mengharap mampu di pikul bahu.

Keinginan memiliki mungkin tak kesampaian…

Tapi…

Percayalah pada diri…
Selalunya cinta yang kita berikan seadanya
Takkan pernah bertepuk sebelah tangan..

Tips Lupakan siDia

Biasa la bila bercinta semuanya indah… Memang tak dapat lupakan si Dia. Makan ingatkan si Dia, tidur ingatkan si Dia, mandi ingatkan si Dia… Boleh kata dalam apa jua hal pun memang teringatkan si Dia la.

Tapi masalahnya bila dah putus cinta pun masih ingatkan si Dia. Susah nih… Jadi di sini ada sedikit tips kepada sesiapa yang ingin lupakan si Dia kamu.


Terima Hakikat

Pertama sekali and perlu menerima hakikat si-Dia anda bukan lagi milik anda. Anda perlu belajar untuk menerima kenyataan bahawa pertemuan akan berakhir dengan perpisahan dan perpisahan adalah permulaan kepada pertemuan.


Melarikan diri

Siapa kata melarikan diri tidak menyelesaikan masalah ? Memang melariakan diri tidak akan menyelesaikan masalah tetapi ia dapat mengurangkan tekanan anda. Cuba anda pergi ke satu tempat yang agar jauh dari tempat anda dan rehatkan minda anda. Tapi jangan la buat kerja gila dengan pergi ke tempat anda date dengan si-Dia anda.


Luahkan perasaan anda

Emmm luahkan perasaan anda kepada sahabat karib anda. Mungkin dia tidak banyak membantu tetapi sekurang-kurangnya dengan meluahkan perasaan anda akan dapat menghilangkan tekanan anda.

Terima Kasih........

Terima Kasih.......................

Kerana pernah menyakiti hatiku walaupun rasanya memang pahit mengalahkan
racun yang berbisa. Semua yang ku lakukan untukmu tiada membawa apa apa
makna dan satu pengorbanan yang sia sia.......

Betapa kecewanya hati ku bila kau perlakukan aku seperti ini.........tapi tak
mengapa kerana aku sangat menyayangi mu........bila kau dah tak perlukan aku
maka kau buanglah aku...........biarkan aku mencari kehidupan dan cinta yang baru.

Cintaku selama ini tidak pernah kau hargai........
Terima Kasih..................Sayang.

Berikan Aku Ruang untuk Bernafas

Sesaknya......tiada ruang untukku bernafas.
Cukuplah wahai insan yang mengongkong hidupku......aku terasa sukar untuk
bergerak dan bernafas......bila setiap masa kau mengawal setiap pergerakkanku.

Adakah kau punyai rasa sedikit rasa sayang dan simpati terhadapku?????
Mengapa kau seksa aku begini.........kau memang insan yang tahu berterima kasih.
Setelah aku berikan kau cinta, kau berikan aku tuba.........kau memang kejam.

Kau sakiti hati.........demi kepentingan mu sendiri, tidak pernah kau dengarkan
luahan isi hatiku yang telah lama aku pendam ini........mengapa kau buat aku begini?


Perpisahan Adalah Sesuatu yang Indah

Perpisahan yang terjadi antara dua insan adalah satu lumrah kehidpan manusia.
Lama atau sekejap pepisahan itu kan bertemu juga akhirnya...

Dengan perpisahan itu, kita dapat mengeratkan lagi kasih sayang yang rengang
anatara pasangan kita........

Ramai orang takutkan perpisahan...........mereka menanggis apabila berpisah.
Pernahkah anda merasai pengalaman apabila berpisah dengan orang tersayang??.........
Jangan pernah anda menanggis dan jangan biarka mereka menitiskan airmata yang
begitu bernilai untuk dicurahakan........kerana airmata orang yang tersayang adalah paling
bernilai dan lambang kasih sayang mereka terhadap kita.

Ahad, 10 Mei 2009

Blog menjadi pengganti Diari

Tidak lama lagi blog ini akan menjadi pengganti diari yang bakal dilakarkan dalam sejarah 2009 bagi menutup tirai 2008 yang telah lama berlalu.

Ikutilah pengalaman suka duka yang akan dicoretkan dalam setiap edisi untuk tatapan semua para pembaca.....

Jangan ketinggalan untuk mengikuti kisah kisah yang akan saya lalui sepanjang tahun ini.

Khamis, 7 Mei 2009


comelnye..................
Kucing-kucingku yang manja..............
Anak anak Itikku yang baru menetas........
Fika dan Aja

Dari Kiri: Aja, Fika dan Jaja
Waktu DSK Dinner........
Dari kiri: Irda, Sela, Aisyah,Shereen,an dan Lisa
Aisyah dan kawan kawan.........

Selasa, 5 Mei 2009


Boneca - Cela


rabak mata ku

pena menari nari

tinta berdarah

rabak mata ku

pena menari-nari

tinta berdarah

kata membara-bara

*masanya ku bernafa

sini terakhir kali

puas sudah ku sesak

dalam dunia sempit

dulu tersungkur

kini berdiri

kau bermain api

kini ku bakari

dulu menunduk kini ku celik

kau bermain api


chorus:


engkau mahu sempurna

engkau jadi sempurna

biar aku bahagia dengan cela ku

engkau mahu malaikat

turun dari kayangan

biar aku bahagia dengan cela ku

mengapa tidak engkau cermin saja

diri mu yang sempurna, mempesona

ku bahagia dengan cela

mengapa tidak kau bercinta saja

dengan diri mu yang sempurna, mempesona

ku bahagia dengan cela


(repeat *)


(repeat chorus)


siapa yang mampu mencapai mahu mu

bilamana kau juga seorang manusia?

siapa yang mampu mencapai mahu mu

bilamana kau juga seorang manusia?