Me the Author

Me the Author
My Collection

Khamis, 20 Ogos 2009

Adakah KAu Percaya

Adakah Kau Percaya?

Jika kau bertanya padaku,
adakah aku rindukan dirimu,
dan aku menjawab,
“aku rindu padamu….”
adakah kau percaya,

Dan jika kau bertanya lagi padaku,
adakah aku rindukan dirimu,
dan aku menjawab,
“lihatlah pantai itu…
tidak pernah ia menghilang,
tetap teguh dan setia pada ombak,
walau kadang rajuk dan hilang pasirnya,
kerna kasar dan ganasnya ombak,
tetap setia tidak kemana,
begitulah rinduku padamu”
adakah kau percaya,

Dan jika kau bertanyakan lagi padaku,
adakah aku rindukan dirimu,
dan aku menjawab,
“cuba tanya pada siang dan malam,
tidak pernah ia melupakan antaranya,
sentiasa merindu hingga akhir dunia,
rindu yang tak pernah jemu,
begitulah rinduku padamu”
adakah kau percaya.

Cinta Tak Semestinya Bersatu

Ingin kuberitahu kepadamu
bahawa cinta tidak semestinya bersatu
…itu kata ibuku.

Cinta itu berpaksi luhur
murni dan suci
yang lahir dari lubuk hati
dan saling ingin memiliki
bukan cinta namanya
jika berpacu serakah
dan berpaksi nafsu.

Andainya cinta tidak menuju destinasi
ketahui olehmu
bahawa cinta suci nan abadi
adalah cinta kepada Ilahi...........

Hanya Kau Ku Rindu

Kelam malam menyeliputi sepi…
menerbangkan dedaun menyentuh pipi…
mengesat air satria gagah berani…
berjuang hingga hilang arah berlari…
dimana langkah dimana kini…
siapa kembali siapa pergi…
masihkah ada harapan dimasa ini…

Merekah bergetar terasa dibenak hati…
menyulam tanah dibungkus sendiri…
biarkan masa laju berlari…
meninggalkan kesan luka-luka diri…
jasad parah terhunus duri-duri…
memerhati saat-saat kembali…
tiada siapa mengelilingi…
tiada siapa temani…
hanya bayang singgah memberi harga diri…

Hujan melimpahkan air merah membasai…
menghilangkan kesan kesakitan dialami…
membuatkan jiwa teguh mendekati…
berjanji pada diri…
Tiada… tiada… hanya Kau ku rindui…
mengapakah aku masih tidak mati…
ungkapkan kalimah hunuskan lagi…
biar melimpah biar bersepah jasad mati…
tetap teguh ingin memiliki…
aku hanya hamba… perlukah hamba tidak mentaati…

Tidak tercapai…
hanya memerhati…
ingin berlari…
apakan daya langkah mati…
dibaham kegilaan kerinduan menyiat hati…
aku akan mencari walau tanah menyelibungi…

Di Penghujung Senja



Penat melangkah, akhirnya dia duduk berteleku menghadap lautan yang terbentang luas di hadapannya. Semenjak patah dahan berpaut, dia cuba menjadi sandaran adik-adiknya yang berlima itu.

Tiga tahun lepas, ketika ibu bapanya maut dalam kecelakaan jalan raya dan dia pula, hampir hilang nyawa dalam tragedi yang sama, berhempas pula dia cuba berdiri kembali dalam duka yang sangat menyakitkan itu. Saudara mara yang dahulu sentiasa bersama, mula membawa diri. Akhirnya, tinggal dia dan adik-adiknya yang masih kecil itu untuk meneruskan perjuangan dalam arus deras ini.

Segulung ijazah yang pernah digenggamnya juga tidak pernah membawanya ke mana. Hingga ke hari ini, dia masih mencari sebuah sinar harapan di hadapan lautan itu.

“Kak Aishah, tak mahu balik lagi? Kejap lagi dah masuk waktu Maghrib,” sapa Zahim sambil menyentuh bahunya lembut.

Terasa ada kasih sayang yang padu di kala sentuhan itu menyapa lembut bahunya. Dan tatkala hampir menitiskan mutiara jernih, Aishah menoleh dan sebuah senyuman diukir buat permata hatinya itu.

Hening pagi memberi satu sinar baru buat dirinya. Usai memanjat doa kerana masih diberi nyawa dan sebuah keluarga, dia turun ke laut untuk mencari sesuap nasi buat diri dan adik-adiknya.

Dan begitulah rutin hariannya setiap hari, hasil tangkapan dari laut yang kadang-kadang ada dan kadang-kadang tidak itu tidak pernah menjadi beban buat dirinya, malah dia bersyukur kerana masih berpeluang melihat senyuman di wajah adik-adiknya setiap kali dia pulang ke rumah. “Aishah!”

Suara garau itu menyapa lembut telinganya. Lama benar dia tidak mendengar suara itu menyapanya.

“Aishah…”

Terasa hampir benar suara itu dengan telinganya sehingga dia kaku seketika. Baki hasil tangkapan itu sudah siap dimasukkan ke dalam plastik. Itu sahaja yang tinggal buat santapan malam nanti.

“Aishah, aku di sini sayang.”

“Aku tak perlukan kau, Azlan. Dunia aku yang kecil ini tak layak menyambut kau,” balasnya lembut tetapi cukup untuk menyedari kedudukannya di samping lelaki itu.

Berjuta kali dia cuba menjauhkan diri daripada lelaki yang bernama Mohd Azlan Iskandar itu tetapi cubaannya tidak pernah berjaya.

Benar, hatinya tertarik pada budi bahasa lelaki itu tetapi malang sekali, terlalu banyak yang perlu difikirkan selain kehendak hatinya.

“Aishah…”

“Lan, aku mohon pengertian kau, Lan. Aku punya tanggungjawab besar. Banyak yang aku perlu fikirkan selain daripada diriku. Aku tak pernah layak berganding dengan kau Lan,” beritahunya perlahan.

Dia tahu, pasar ikan itu bukan untuk lelaki ternama seperti Azlan. Lelaki itu biasa hidup dalam kemewahan sedang dirinya pula, hanya layak menjalani kehidupan itu.

“Aishah, kau tak pernah mahu terima hakikat, aku bukan seperti yang kau sangka. Kau tak pernah beri aku peluang untuk terima dirimu seadanya.”

“Aku balik dulu, Lan. Aku doakan kau bertemu insan yang menyayangi dirimu seadanya.”

Dan seperti selalu, dia meninggalkan lelaki itu terpinga-pinga. Sedaya yang mungkin dia cuba membuang wajah lelaki itu sehingga dia tiba di rumahnya.

Dingin malam mengajaknya melihat keadaan adik-adiknya yang sedang lena diulit mimpi. Dia mengukir senyuman bila dilihatnya kaki Iman berada di atas perut Hakimi.

Lantas dengan cermat, dia membetulkan kedudukan adik-adiknya. Dan seperti selalu, dia mengucup lembut dahi adik-adiknya itu.

“Maafkan akak, Angah, Shahrul, Iman, Hakimi, Zahim. Buat masa ini, hanya ini yang mampu akak sediakan buat kalian semua. Akak tahu, hidup kalian tidak sempurna kerana akak tapi akak akan usahakan yang terbaik buat kalian semua.”

Tanpa diduga, air mata Angah merembes keluar dari kelopak mata yang tertutup rapat itu. Aishah yang masih tidak menjangka reaksi Angah ketika itu, terpaku di situ tetapi tidak lama. Angah bangun dan terus memeluknya sambil menangis teresak-esak.

“Kak Aishah dah banyak berkorban untuk Angah dan adik-adik. Dulu kak Aishah koma dua minggu, kaki patah tapi kak Aishah tak pernah merungut. Mana ada orang perempuan nak jadi nelayan? Tapi kak Aisyah buat, Angah tak tahu macam mana nak balas jasa kak Aishah.”

Dengan lembut, bahu adiknya itu diusap. Semenjak kehilangan arwah emak dan ayahnya, tidak pernah sekalipun air matanya menitis dan dia tidak akan membenarkan air matanya jatuh walaupun dia berasa hiba yang teramat ketika ini. Tidak akan sekali, dia mengaku kalah di hadapan adik-adiknya.

“Akak tak mahu Angah menangis, apa yang akak buat, itu memang untuk adik-adik. Yang akak harapkan, adik-adik berjaya supaya tak perlu jadi nelayan macam akak.”

Ketika pulang dari laut tengah hari itu, Aishah segera menurunkan hasil tangkapannya ke darat. Belum sempat dia menambat perahu, adik-adiknya sudah menanti di kaki air.

“Kak Aishah!”

Lambaian adik-adiknya menggamit Aishah supaya segera menghampiri mereka.

“Kenapa Kimi?”

“Kak Aishah dapat surat,” kata Hakimi sambil menyerahkan sekeping sampul berwarna coklat kepadanya.

Sebenarnya, sudah sekian lama dia tidak menerima sebarang surat dari sesiapapun terutama daripada syarikat swasta kerana sejak enam bulan yang lalu, dia mula menumpukan sepenuh masa kepada kerja menangkap ikan.

“Sukacita dimaklumkan bahawa anda telah ditawarkan jawatan sebagai Pereka Bentuk Dalaman. Sila lapor diri…”

Seakan tidak percaya dengan isi kandungan surat yang baru dibacanya sebentar tadi, Aishah membaca semula isi surat itu.

“Cubit akan sekali Kimi,” pintanya, membuatkan Hakimi menjadi sedikit terkejut.

Lama Hakimi memandang wajahnya, seakan meminta satu kepastian.

“Kenapa kak?”

“Akak dapat kerja, Kimi.”

“Alhamdulillah.”

Mendengar ungkapan tanda bersyukur itu, Aishah seakan terjaga daripada mimpinya. Dalam hati dia mengucapkan perkataan yang sama. Isnin depan dia perlu melapor diri, ini bermakna, dia perlu berhijrah ke kota jika ingin menerima tawaran itu.

Bagaimana dengan rumah peninggalan arwah emak dan ayahnya itu? Bagaimana dengan perahu yang ditinggalkan untuknya menyambung hidup? Bagaimana pula dengan persekolahan adik-adiknya?

“Kak Aishah.”

“Kita balik rumah dulu, Kimi.”

Sebuah senyuman manis dihulur buat adiknya dan persoalan yang masih bersarang di dalam benaknya dibiarkan sahaja seperti mana angin laut itu berlalu.

Aishah terdiam saat ibu Azlan datang membawa lamaran untuknya. Lama dia menyepi diri. Sedar kekurangan diri yang terlalu banyak itu, dia hanya mampu menundukkan wajahnya sahaja.

“Aishah…”

“Makcik, saya anak yatim piatu, jauh saya dengan Azlan macam pipit dengan enggang. Azlan berhak dapat gadis yang lebih baik daripada saya,” jelasnya, perlahan.

Lelaki itu mula dikenalinya sejak tiga tahun setengah yang lalu. Mereka bertemu secara kebetulan, ketika itu Azlan salah seorang ahli panel temu duga di sebuah firma reka bentuk dalaman. Walaupun tidak berjaya mendapat tempat di firma itu, namun Azlan kerap menghubunginya.

Pertama kali, ketika bersemuka dengan lelaki itu, Azlan terus menyatakan hasrat hatinya hendak menyunting Aishah sebagai suri hidupnya dan dia, terang-terangan melabel lelaki itu sebagai gila.

Sejak awal dahulu hingga kini, walaupun Azlan kerap membantunya, tidak pernah barang sekali dia melayan lelaki itu dengan sewajarnya. Kerap kali dia menolak hasrat lelaki itu, walaupun dia amat menyenangi sikap Azlan yang nyata jujur dan ikhlas hendak menyunting dirinya sebagai teman hidup lelaki itu. Dan Azlan pula, tidak pernah sekalipun mengalah dengan dirinya walaupun ditolak berkali-kali.

“Aishah, kita semua tak ada beza pun. Di sisi Allah, iman dan takwa sahaja yang membezakan kita. Azlan pilih Aishah sebab apa yang ada pada diri Aishah. Makcik yakin dan pasti, pilihan Azlan tepat.”

“Aishah ada adik-adik, makcik. Adik-adik Aishah tanggungjawab Aishah. Aishah tak mahu berpisah dengan adik-adik. Hanya adik-adik harta Aishah dunia akhirat. Kalau Aishah mengguris perasaan makcik, Aishah minta maaf tapi Aishah cukup bimbang kalau Azlan atau sesiapa sahaja tak dapat terima adik-adik Aishah. Adik Aishah bukan seorang tapi lima orang, makcik.”

Perlahan dia meluahkan kebimbangannya. Selepas itu, lama dia menyepi sebelum menyambung kembali bicaranya.

“Aishah tahu selepas berkahwin, tanggungjawab Aishah hanya pada suami tapi adik-adik Aishah ini bagaimana, makcik? Tak sanggup Aishah hendak membiarkan mereka terkapai. Sebab itu Aishah mengharapkan pertimbangan Azlan atau sesiapa sahaja. Aishah mahu jaga adik-adik Aishah sampai mereka berjaya dalam hidup, makcik. Aishah akan jaga mereka sehingga mereka tak perlukan Aishah lagi.”

“Kalau begitu, Angah dan adik-adik tak perlukan kak Aishah lagi. Kami boleh hidup tanpa kak Aishah. Kak Aishah berkahwinlah. Angah tahu abang Azlan baik. Tak akan ada orang yang lebih baik selain abang Azlan yang boleh jaga kak Aishah sepanjang hayat. Kak Aishah tak perlu bimbangkan kami sebab kami dah besar. Kalau kak Aishah yang perempuan boleh turun ke laut, tangkap ikan untuk sara kami, kenapa Angah yang lelaki ini tak boleh tangkap ikan untuk teruskan hidup?” tutur Angah perlahan tetapi cukup untuk menyentap perasaan halusnya.

Selama ini dia berjaya menutup rasa sedihnya tetapi tidak pada hari ini. Kata-kata Angah terkesan hingga ke hati. Tanpa malu dan rasa bersalah, dia menitiskan air mata di hadapan Hajah Normah.

Aishah membulatkan tekad. Tawaran sebagai pereka bentuk dalaman di firma Indah Sejarah akan ditolaknya. Hampir seminggu memikirkannya, dikuatkan lagi dengan petunjuk yang diterimanya selepas tiga malam menunaikan solat istikharah, dia nekad.

Mungkin itu yang terbaik buat diri dan adik-adiknya. Dengan jumlah simpanan yang sudah melebihi lima ribu ringgit, dia tahu dia boleh mengusahakan sebuah perniagaan secara kecil-kecilan. Sudah tiba masa dia perlu bangkit secara perlahan-lahan untuk membina masa depan yang lebih cemerlang.

“Aishah.”

Namanya diseru perlahan. Aishah tergamam melihat keadaan Azlan yang tidak begitu terurus ketika itu.

“Azlan, kau kenapa?”

“Aku rindukan kau, Aishah.”

“Azlan…”

“Kenapa kau tak pernah beri aku peluang, Aishah?”

“Aku tak layak untuk sesiapapun, Azlan. Aku tak layak bagi peluang pada sesiapapun,” jawabnya perlahan.

Sehingga kini, dia masih belum dapat memberi segala kebahagiaan kepada adik-adiknya dan bagaimana dia mampu mencari kebahagiaan buat dirinya?

“Aku sayangkan kau, Aishah. Kau tahu aku ikhlas ingin jadikan kau sebagai isteriku dunia akhirat dan kau juga tahu aku tidak akan sesekali mengabaikan adik-adikmu.”

Tulus pengakuan itu kedengaran di telinganya. Azlan menghampirinya dan dia semakin lama semakin dapat dilihat betapa lemahnya lelaki itu ketika ini. Azlan sakitkah?

“Aku sayangkan kau, Aishah. Dunia akhirat aku sayangkan kau. Aku harap Aishah, besar harapanku agar kau sudi jadi isteriku, dunia akhirat.”

Tidak sempat dia menjawab, lelaki itu rebah di hujung kakinya. Mata itu terpejam rapat hingga dia cemas tiba-tiba.

Hampir dua tahun berlalu dan kini, perniagaan keropok lekor yang diusahakannya secara kecil-kecilan telah mula berkembang. Berkat usahanya dan juga sokongan keluarganya, perniagaannya semakin maju.

“Ibu…,” panggil Zulaikha.

Larian si kecil itu menghiburkan hatinya. Bengkang bengkok lariannya ketika itu dia dikejar oleh ayahnya, Mohd Azlan Iskandar. Teringat saat lelaki itu rebah ketika melamarnya dua tahun yang lepas.

Menggeletar seluruh tubuhnya saat itu. Selepas dibawa ke hospital, baru dia tahu lelaki itu diserang demam denggi. Semenjak itu, baru dia belajar mengenal erti kasih terhadap Azlan.

Baru dia sedar yang dia sangat memerlukan lelaki itu dalam seluruh kehidupannya. Dan apabila Azlan mulai pulih, tanpa berselindung dia mengakui perasaan sayangnya terhadap Azlan.

Dan kini, selepas dua tahun menjadi suri hidup Azlan, mereka dianugerahkan seorang puteri. Dia tidak lagi turun ke laut sebaliknya dia kini giat menjalankan perusahaan keropok lekor berkat sokongan Azlan dan keluarga mertuanya. Angah? Alhamdulillah, Angah kini sedang buat persediaan untuk menyambung pelajaran dalam bidang perubatan di Ireland.

Shahrul sedang belajar di MRSM Terendak manakala Iman belajar di Sekolah Menengah Sains Sultan Ahmad Shah, Kuantan. Yang setia berada di sampingnya ketika ini adalah Kimi dan Zahim kerana masing-masing berada di sekolah rendah. Alhamdulillah, dia punya sebuah keluarga yang cukup sempurna.

“Ibu, ayah!” Jerit Zulaikha sambil merangkul kakinya.

Aishah ketawa kecil sambil mendukung Zulaikha yang sungguh agresif kerana mahu mengelak daripada usikan ayahnya. Azlan menghampiri Aishah sambil memaut pinggangnya. Hidung si kecil itu dicuit beberapa kali.

“Abang kuat sangat menyakat Zulaikha.”

“Anak abang ni comel, Aishah. Abang geram nak cubit selalu.”

“Terima kasih Aishah sebab sudi terima abang dalam hidup Aishah. Terima kasih juga pada Aishah sebab selalu buat abang rasa sempurna. Terima kasih untuk segala-galanya.”

Tulus kata-kata itu dibisikkan ke telinganya. Hanya sebuah senyuman diukir buat suami tercinta. Dalam hati, tidak putus dia berdoa supaya bahagian di dunia dan akhirat sentiasa menjadi miliknya dan suami.

“Pagi esok kita ziarah kubur arwah mak dengan ayah ya abang?”

Tiada jawapan selain rangkulan di pinggangnya yang semakin erat. Suara si kecil itupun semakin ceria bila si ayah setia mengusiknya. Aishah tidak perlu meneka kerana jawapan yang dimahukannya sudah pasti di sebalik senyuman itu.

Isnin, 17 Ogos 2009

Aku dan Kamu


Setiap saban hari aku amat merasa bahawa sesuatu itu akan berubah sama ada baik atau buruk. satu ikata yang telah lama terbina akhirnya tergugat juga kerana sikap ego yang tebal menyelubungi diri. Tapi pernakah kita cuba untuk menyelamatkan setiap perhubungan itu menggunakan cara yang lebih senang dan tidak perlu merumitkan keadaan dan membazirkan masa?

Kata memang senang dilafazkan tapi melakukan itu adalah satu beban yang paling payah untuk di laksanakan.

Kisahku bermula disini:

Aisyah Slyiaysuhaila, itulah namaku yang diberikan oleh orang tuaku ketika aku masih bayi lagi.
setelah aku menjejakkan kaki ke menara gading dan berjaya disana, kau ditawarkan untuk bekerja dalam satu syarikat yang agak besar milik seorang ahli koperat yang disegani ramai.

Aku bekerja sebagai penyelia dibahagian pengoperasian pengkomputeran. Setiap hari aku kena berhadapan dengan berpuluh puluh buah komputer di hadapan ku. Mengawal keluar masuk data, menyelanggara sistem dan sebagainya.

Kebetulan pada ketika itu aku telah ditugaskan bersama anak majikan ku iaitu Fikrullah Najmi. Kami sering bercanggah pendapat sehingga akhirnya aku hampir di berhentikan kerja gara gara aku melempangnya dengan beg tanganku. Ketika itu aku sedang hilang sabar dan dia menambahkan lagi kehilang sabaranku dengan mengejekku.

Ketika itu, aku mulai membenci dirinya dan sehingalah suatu hari, hatiku terusik untuk berdamai dengannya. Fikrul juga begitu. Menyambut baik kehadiranku. Mulai saat itu kami berdua berkerja dengan penuh kerjasama dan selalu bersama. Perubahan itu mulai di kesan oleh Dato' Azjim Mustapha iaitu majikan ku. Aku di panggil untuk berjumpanya di pejabat. Mulanya aku takut untuk berjumpa dengan kerana dia pernah memberiku amaran bahawa jika sekali lagi dia memanggilku untuk berjumpanya, dia tidak akan teragak agak untuk memberhentikan ku. Itulah aku gementar. Selepas menyoal selidiki aku, dia membenarkan aku pergi dan dia merestui perhubungan aku dengan Fikrul seandainya kami dijodohkan untuk bersama. Aku cuba mengelak dari seagala ucapannya itu lau beredar.

Hubungan aku dan Fikrul semakin lama semakin rapat dan intim. Tidak disedari hubungan kami telah berkawan hampir tiga tahun lamanya. Dan pada suatu hari, dimana tempat kami selalu berjumpa iaitu taman Andalusiana. Disitulah tempat kami meluahkan pandangan dan pemasalahan yang kami hadapi tidak kira peribadi ataupun urusan syarikat.

Aku menunggu Fikrul dengan sabar makan aiskrim kegemaranku iaitu Trapiocca. Tiba tiba aku didatangi oleh dua orang lelaki yang tidak ku kenali. Mereka mendesakku untuk mengikuti mereka tapi kau ingkar dan akhirnya aku terlelap keran terhidu sapu tangan yang mereka sumbatkan kehidupku.Mereka membawaku ke suatu tempat yang tidak pernah aku lihat. Gelap, sunyi dan pandangku yang masih kabur itu merasa aku telah dibawa ke satu tempat yang besar tapi tak tahu sama da gudang, kontena atau sebaliknya.

Tiba tiba satu spot light warna terpancar tepat kearahku. Aku kesilauan. Aku menggunakan tangan ku untuk menghalang sinar itu itu terus menyilaukan pandanganku. Tiba tiba, aku ternampak satu tubuh yang tegak,sasa dan lampai berada dihadapanku. Aku sedikit mendongak dan ku lihat dia............

"Sudikah u jadi isteriku?" paka ini mimpi atau angan angan sahaja yang menggangu tidurku. Kucubit pahaku, "aduh,sakitnya".

Lalu dengan perlahan aku menjawab,"Ya, aku sudi jadi isterimu".

Dengan serta merta, kawasan jadi terang benderang dan alangkah malunya apabila aku mendapati pada ketika itu ramai tetamu yang hadir termasuklah ahli keluarga ku. Fikrul telah benar benar membuatku terkejut dan terasa sungguh terkilan bercampur dengan kegembiran yang teramat sangat.

Akhirnya kami disatukan dan kehidupan kami bahagia.

Tapi tidak semestinya bahagia itu kekal berpanjangan. Hubungan kami mulai goyah apabila seorang wanita yang datang mengaku dia ialah isteri kepada Fikrul. Fikrul cuma diam dan sunyi seribu bahasa. Hatiku hancur berkecai apabila melihat tingkah Fikrul sendiri membenarkan wanita itu menciumnya dihadapanku. Aku benar benar terasa sakit ketika itu dan tidak mapu kau luahkan pada sesiapa.

Setelah mendapat segala bukti bahawa wanita itu adalah isteri Fakrul yang sah, aku semakin bertambah menbencinya sehingga pada suatu hari aku meminta cerai dari Fakrul dan berhenti kerja di syarikat milik ayahnya. Fakrul begitu teguh untuk mempertahankan hubungan kami tapi keran ego yang terlalu tinggi dalam diriku, aku teruskan sahaja niatku itu.

Aku diceraikan dengan talak satu oleh Fakrul. Setelah lama terpisah, aku dan Fakrul saling tidak menghubungi dan aku mendapati bahawa wanita yang menyamar sebagai isteri Fakrul adalah wanita yang di upah oleh ibu Fakrul dengan tujuan untuk memisahkan kami. Memang nyata dari awal lagi ibu Fakrul tidak menyetujui pernikahan kami. Aku mendengar khabar juga bahawa Fakrul terbabit dalam satu kemalagan jalan raya dan maut ditempat kejadian. Aku sungguh berasa hampa dan sedih sekali atas kepergiannya.Tapi apa yang terjadi biarlah terjadi dan hidup harus diteruskan lagi. Zuriat Fakrul yang ku kandung ini biarlah aku yang tahu dan menjaganya.

Aku berjanji pada kelahiran kedua dan selanjutnya biarlah aku terus bersama Fakrul yang aku cintai..........walaupun banyak cabaran ynag menduga.

Selasa, 11 Ogos 2009

Kekasihku Pergi


Tak semua manusia akan merasai hidup yang senang dan bahagia selamanya. Begitu juga dengan aku bersama dengan insan yang paling aku sayangi iaitu Arif Azlan. Hubungan kami terjalin sejak di peringkat sekolah menengah lagi hinggalah ke IPTA. Aku sedar akan silapku tapi adakah ini pengakhiran diantara hubungan kami yang telah terjalin setelah sekian lama.

Aku sendiri buntu dan tidak tahu apa yang harus aku lakukan agar aku bisa kembali bersamanya. Kisah bermula apabila Farid, rakan sekelasku mengajakku keluar makan malam bersamanya. Pada mulanya aku menolak tetapi setelah didesak beberapa kali oleh teman teman serumahku dan pujukkannya, akhirnya aku patuh. Aku dan Farid pergi ke Mas Conner Cafe dengan memboceng motosikal Yamaha TZM milik Farid.

Setelah tiba disana, aku dan Farid duduk bersam di satu sudut meja kosong yang agak jauh dari kaunter pemgayaran. Setelah memesan makanan, Farid memandangku semacam. Aku jadi resah dan gelisah. setelah makanan sampai, aku makan tanpa penuh berselera berbanding farid yang makan dengan berseleranya. Tiba tiba telepon bimbitku berbunyi, dan aku mendapati Arif yang sedang menelefon ku, sengaja aku tidak menjawab panggilan itu kerana aku kuatir akan Arif tahu keberadaan ku bersama Farid. Telefon aku matikan. Farid hanya tersenyum. Aku tidak tahu apakah ada maksud disebalik pertemuan kami ini.

Setelah aku pulang ke rumah, aku hidupkan teleponku, wah banyak voice mail dan mesej. aku cuba untuk menghubungi Arif kembali tidak berjaya. Keesokan harinya, Ana iaitu rakan sekelas Arif menemuiku dan menceritakan segala galanya kepadaku. hatiku bagaikan hancur dan bercampur baur dengan pelbagai perasaan. Aku betul betul tidak sangka bahawa Arif pergi meninggalkan aku dalam keadaan begini. Ana menyerahkan sepucuk surat yang Arif titipkan kepadanya. Aku membaca isi kandungan surat tersebut dengan penuh keinsafan.

Lidiya.......
Saat sayang membaca surat ini, Arif dah tak ada lagi kat dunia ni. Haraf sayang mengerti setelah sayang membaca isi surat ini. Arif pergi bukan kerana rela tapi kerana keadaan yang memaksa. Sayang sendiri kan tahu yang Arif ada masalah kesihatan yang agak teruk. Semalam, Arif contact sayang tapi tak dapat. Jadi Arif cuba cari sayang kat Mas Conner Cafe malam tu. Kawan kawan sayang da bagitau Arif yang sayang pergi kat sana dengan Farid.

Jadi Arif tak nak apa apa berlaku terhadap sayang. Arif cari sayang kat sana tapi sayang tak ada. Jadi hati Arif hancur dan semasa perjalanan balik Arif ditimpa kecelakaaan di jalan raya dan Arif dimasukkan ke Hospital Besar Mukah. Arif tunggu kedatangan sayang sebelum Arif pergi..................................

Arif



Aku lantas pergi mendapatkan Farid agar membawaku pergi ke hospital dengan segera. Farid akur dan kami terus meluncur laju. sampai di sana, aku terus mendapatkan Arif yang terlantar di wad kecemasan. Arif tersenyum dengan kehadiran ku kemudian mengenggam erat tanganku sambil mebisikkan sesuatu kepadaku. Arif memintaku menemaninya sepanjang malam ini. Aku Patuh kan permintaannya.

Pada malam itu Arif menceritakan kembali titik permulaan cinta kami hingga kini. Aku hanya mengiakan setiap ucapannya. Aku meletakkan kepalaku dibahu Arif hingga membuatkan aku terlena. Keesokan harinya, aku cuba membangunkan Arif tapi dia tetap tidak ingin bangun. Aku memeriksa nadinya, lemah. Aku segera memanggil doktor untuk bantuan segera. Setelah dibagi bantuan kecemasan, nampaknya Allah lebih menyayangi Arif. Aku menanggis meratapi kepergian Arif. Segala kenangan aku bersamanya tidak mudah aku lupakan. Farid datang menanyakan apa yang telah berlaku, aku hanya menjawab kekasihku pergi meningglakanku. Farid mengerti dan dia juga turut bersedih.

Ku Perlukan Dirimu


Aku Ayu Faraasyikin


Akulah satu satunya insan yang menjadi harapan kedua orang tua ku untuk berjaya di masa hadapan tapi masa depan ku kini semakin kelam apabila aku mendapat tahu bahawa aku menghidapi penyakit hati yang boleh membawa maut jika tidak di ubati.


Khabar ini tidak ku beritahukan kepada ibu dan bapaku. Aku tidak ingin mereka terus menerus menderita disebabkan penyakit yang kutanggung ini. Cukuplah sekadar mereka berhempas pulas untuk mencari sesuap nasi dan kos perbelanjaan ku selama aku menuntut di Politeknik Mukah Sarawak ini.


Setiap hari keadaan ku makin menjadi jadi,aku hanya sekadar mengambil ubat untuk menahan sakit bagi penyakitku. Tambahan pula ada seorang pelajar lelaki sama kelasku perasan akan keadaan ku. Dia cuba untuk merapatiku tapi aku juga turut cuba menjauh darinya.


Sehinggakan pada suatu hari aku tidak sedar keberadaannya disisiku, senyum mesra dan membawa sesuatu yang aku sediri tidak tahu apa isi di dalam bungkausan itu. Dengan sopan dan ramahnya, dia menegurku sambil menyerahkan bungkusan itu. Aku menjadi serba salah. Akhirnya selepas dipujuk,aku terpaka akur dengannya.


"Syamil'. Itulah ringkasan nama yang ku gelarkan kepada dirinya. Selepas pertemuan itu, hubungan kami menjadi semakin akrab dan mula kedengaran suara suara sinis menyindir antara kami berdua. Ringkasan tentang Syamil, dia seorang yang baik, peramah dengan sesiapa saja, amat menyayangi dan merupakan anak kepada seorang binesman yang berjaya tapi aku hanya anak seorang penoreh getah yang terlalu rendah taraf jika dibandingkan dengannya. Bagiku, Syamil hanya seorang teman yang disenangi oleh semua orang.


Pada suatu hari, penyakitku semakin teruk hingga membuatkan aku jatuh pengsan di dalam kelas. Semua pelajar panik termasuk dengan pensyarah. Apabila aku sedar, aku telah ditempatkan di ruangan wad kecemasan. Kemudian aku tidak sedar dengan apa yang berlaku selepas itu. Selepas aku buka mata, orang pertama yang ku lihat adalah orang tua ku. Mereka brsyukur kerana aku masih selamat kemudian raut wajah yang paling ku kenali iaitu Syamil dan rakan rakan yang lain.


Selepas semua orang beredar untuk pergi, hanya Syamil yang sudi untuk menemaniku sepanjang malam. Aku tersa terhutang budi dan wang ringgit terhadap Syamil kerana dialah yang membiayai segala kos perawatanku selama aku di rmah sakit.


Selepas aku sembuh, aku menemui Syamil untuk memohon agar dia memberiku masa bagi melangsaikan hutang bagi kos perawatanku tempoh hari. Syamil menyentuh bibirku pintaku jangan mengeluarkan apa apa perkataan dari mulutku. baginya wang ringgit tidak membawa erti dan yang paling tidak ku duga satu perkataan yang keluar dari mulutnya ialah "Ku Perlukan Dirimu". Syamil bersungguh sungguh mengucapkannya dan akhirnya kami menjadi pasangan yang paling bahagia selepas tamat pengajian dan mendirikan mahligai cinta.

SYUKRAN


Aku bukan seorang pemuisi agung
Cuma insan kerdil yang punya jiwa
Namun ianya mati kerana calar semalam
Mengutip kasih di hujung gerhana yang keciciran
Hidup bertemankan sepi

Seperti menghukum diri sendiri
Di mana nak ku cari penawar terhiris
Gelombang ini tajam menerjah naluri
Aku akur andainya aku tersungkur
Tapi biarlah di dada yang kalam
Namun gerhana bukan sepanjang jalan
Kerana aku bukan bersendirian
Syukran itu yang ku noktahkan di hati
ku ukir dari jiwa yang suci
Namun kasihku makin jauh
bersepah seperti dahan rapuh
bantulah aku mengutip cinta ini
temanilah aku dalam kegelapan yang payah
sayangi aku seperti lembutnya sekeping hati suci
cintai aku dari tulus jiwa lelakinya yang berhidayah
Syukran itu yang kuikat di hati
Syukran itu yang ingin kumiliki
biar kau mengerti puisi yang kutulis
kekal sebagai janji abadi
andainya aku masih jadi manusia penyepi
itu bukan aku bererti aku tak pandai menghargai
cuma aku keliru, kisah silam menikam jiwa ini
syukran, syukran..tapi aku tidak layak untuk dihargai
maafkan aku akpal
sekian...


Ahad, 2 Ogos 2009

Waktu


Dan jika engkau bertanya, bagaimanakah tentang Waktu?
Kau ingin mengukur waktu yang tanpa ukuran dan tak terukur.

Engkau akan menyesuaikan tingkah lakumu dan bahkan mengarahkan perjalanan jiwamu menurut jam dan musim.
Suatu ketika kau ingin membuat sebatang sungai, diatas bantarannya kau akan duduk dan menyaksikan alirannya

Namun keabadian di dalam dirimu adalah kesadaran akan kehidupan nan abadi,
Dan mengetahui bahwa kemarin hanyalah kenangan hari ini dan esok hari adalah harapan.


Dan bahwa yang bernyanyi dan merenung dari dalam jiwa, senantiasa menghuni ruang semesta yang menaburkan bintang di angkasa

Setiap di antara kalian yang tidak merasa bahwa daya mencintainya tiada batasnya?
Dan siapa pula yang tidak merasa bahwa cinta sejati, walau tiada batas, tercakup di dalam inti dirinya, dan tiada bergerak dari pikiran cinta ke pikiran cinta, pun bukan dari tindakan kasih ke tindakan kasih yang lain?

Dan bukanlah sang waktu sebagaimana cinta, tiada terbagi dan tiada kenal ruang?Tapi jika di dalam pikiranmu haru mengukur waktu ke dalam musim, biarkanlah tiap musim merangkum semua musim yang lain,Dan biarkanlah hari ini memeluk masa silam dengan kenangan dan masa depan dengan kerinduan.

My Cats


Syok giler tido sampai kat selipar

Sabtu, 1 Ogos 2009

Kisah Seram Si Pemancing

Ajis memang kaki pancing, mana saja lubuk & sungai semua dia pergi, kalau ada yg cakap kat sungai tu ada ikan, ajis mesti pi try mancing kat situ.

Satu hari masa minum kat kedai kopi Pak Ngah Jiman, Ajis terdengar rakan2 sekampungnya bercerita tentang satu lubuk baru yg banyak ikan ditemui kat sungai di kampung seberang, kampung tu agak jauh & pedalaman sungai tu lebih kurang 5 km dr kampung tu, dekat tepi pinggir hutan.

Tengahari tu, Ajis dah bersiap nak pegi memancing kat lubuk yg diceritakan, siap pakai helmet, Ajis masukkan bekalan minum petang dan pancingnya dlm raga motor. Sepanjang perjalanan Ajis bernyanyi riang, jauh jugak nak kekampung seberang tu, dah hampir masuk waktu Asar baru Ajis sampai, teringat pulak dia tak sempat solat Zohor tadi & dia terpikir, karang kalau terus pi sungai tu, tak sempat plak solat Asar.

tak lama kemudian Ajis nampak sebuah surau yg agak uzur kat tepi jalan sunyi kampung tu. bergegas dia berhenti, ditengoknya keliling tak ada orang, sunyi saja surau tu.

Ajis segera mengambil wuduk dgn tergesa2 sbb waktu Zohor dah hampir nak habis.

Masa Ajis di rakaat yg kedua, Ajis tiba-tiba terdengar bunyi suara orang ketawa. Bulu romanya tiba2 meremang, “Hish, sapa pulak yg gelak2 tu?” bisik hati Ajis, setiap kali Ajis sujud, Ajis terasa kepala & tengkuknya berat dr biasa, Ajis tak sedap hati, ni surau tinggal ker, sbb dah uzur sangat dan alahai, sapa pulak duduk kat tengkuk dia ni.

Sedaya-upaya Ajis tenangkan hati, selesaikan solat dgn segera, dia nak tinggalkan cepat surau tu. Bulu romanya semakin meremang-remang sbb suara org ketawa semakin ramai, ada yg sampai terbatuk-batuk.

Syukur, Ajis dah berada di tahiyat terakhir, selesai memberi salam ke kanan dan ke kiri, Ajis meraup mukanya dgn tangan dr atas ubun2 kepala sampai ke dagu, then tiba-tiba Ajis tersedar.

hehehe…rupa-rupanya dia terlupa nak tanggalkan helmet masa nak sembahyang tadi, sbb terlampau nak cepat, bila dia toleh belakang, patutlah dengar orang ketawa, rupa-rupanya tok imam, bilal dan orang2 kampung yg dtg nak sembahyang Asar duk gelakkan dia sebab Ajis sembahyang pakai helmet, patut ler kepala dia rasa berat semacam.

Terus Ajis blah macam tu ajer, tak jadi pi memancing, dia pusing balik, sembahyang Asar kat rumah sendiri sajalah jawabnya..